
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua.
Hern..apa mood hari ni agaknya ya? Cuaca di KL nampak mendung ..tapi tengahari tadi memang sangat panas!
Macam biasa, hari sabtu dan ahad saya dihabiskan di ofis untuk buat kerja kerja marketing dan sebagainya. Hanya Sabtu dan Ahad yang paling berharga buat saya untuk uruskan hal hal perniagaan. Tengok wayang, mancing, lepak, jalan jalan dah diberhentikan buat sementara waktu.hehe..
Minggu lepas saya sibuk mendapatkan bekalan udang putih/vannamei dan yellow fin tuna untuk di eksport. Memandangkan kuantiti yang diperlukan sangat banyak sampai main kontena, sakit jugak kepala nak mencari stok. Untuk makluman anda, Malaysia adalah antara pembekal dan pengeksport terbesar sektor makanan laut/seafood ke Dubai dan Eropah.
Selain dari Komputer Laptop, alatan Pejabat,Grafik Design, Priting dan agro farming, kami di Enigma Global Solutions juga membekal ayam kampung, itik, telur itik, udang putih dan sebagainya produk makanan fresh & frozen =) Ini adalah sebahagian dari usaha kami untuk lebih berdaya saing dan maju dalam bisnes terutamanya trading.
Hopefully, everthing will be fine by the end of this month. Dah nak masuk tahun baru ni, semangat berniaga, bekerja dan kehidupan buat dah lain skit. Umur semakin meningkat dan pengalaman lalu banyak mengajar dan mematangkan kita. Kepada sahabat-sahabat Trio M – Syak & Sapik ! teruskan usaha kita, takda benda yang datang bergolek – yang penting kita semua terus berusaha tanpa jemu.
Apa yang terbaru di Enigma Global Solutions? Kami dah update blog http://enigmags.wordpress.com dan akan di update ke web yang lebih FRESH dalam masa terdekat. Senarai gambar dan produk pun dah dimasukkan.
Itik pulak apa cerita? Ibu ibu itik kami di ladang sedang bersiap sedia untuk bertelur, semuanya dah matang dan dada makin besar..hehehe..pada fasa pertama telur nanti tak berapaa besar sebab permulaan. Tapi insyaAllah, dengan formula dan petua yang ada kami akan memastikan telur yang dihasilkan di ladang kami adalah berkualiti tinggi dan dapat memenuhi kehendak pasaran. Buat masa ini senarai pembeli adalah terdiri daripada pengusaha telur masin, dan syarikat trading. Kami masih mencari jenama yang sesuai untuk produk itik kami. Apa agaknya ya? ada cadangan ke..?hehe
Semangat saya semakin berkobar kobar untuk “BUAT YANG TERBAIK” dalam bisnes dalam 2009 nanti. Semoga segala perancangan Enigma Global Solutions & Trio-M akan dipermudahkan oleh yang Maha Esa hendaknya. Saya juga mendoakan yang terbaik buat anda. Sama-sama kita mencari rezeki yang halal dan berkat.
Opss sebelum terlupa, kepada kawan kawan yang berniaga di Ebay dan lelong.com.my..amcam sale menjelang Krismas ? mesti gempak kan..apa pun tahniah saya ucapkan dan teruskan perjuangan. Mungkin saya pun boleh berguru dengan anda satu hari nanti.hehe
Saya akan terus memasukkan artikel dalam Bahasa Malaysia dan English dalam blog ini supaya lebih Interaktif.
Posted by bb30 