Bakal berwajah Baru!

Salam semua,

Thanks sebab sudi berkunjung ke blog alakadar saya ni. Maaf sebab lama betoi tak update blog, maklumlah last week tak berapa nak sihat dan kesibukan berpindah ke rumah baru.

Anyway, Belum terlambat saya ucapkan selamat tahun baru buat semua ! Semoga dengan tahun baru, azam baru..semuanya yang kita rancang bakal berjalan dengan baik seiring dengan tindakan dan usaha kita kan?

Berwajah baru

blog ini akan berwajah baru tak lama lagi, saya akan upgrade ke hosting dan domain sendiri supaya lebih interaktif untuk perkongsian maklumat dengan semua. Semuanya dalam proses, domain dah ada tunggu nak transfer saja. Sibuk betul saya sejak masuk tahun baru ni. Kat ofis pun bos sibuk buat penilaian prestasi untuk kenaikan gaji pada bulan Februari nanti, tapi wa mcm biasa…rileks saja..dapat alhamdulillah..tak dapat aku blah..hehehe..

Online dan Offline Biz yang buat aku tak Lena

Alhamdulillah, saya dapat beberapa lagi request udang untuk dieksport ke luar, semuanya dalam proses pencarian dan penetapan harga, semuanya masih dalam rundingan yang damai bagi memastikan segala perjalanan jual beli dan eksport berjalan lancar. Online biz saya juga bakal menjadi sangat rancak bila orang TM mai pasang talipon dan streamyx seminggu lagi. Hopefully cepat lah, senang aku nak berurusniaga dari rumah. Bisnes demand yang aku dapat walaupun tak banyak dan tak besar mana, tapi aku bersyukur sgt kehadrat Allah swt. Sekurang-kurangnya pintu rezeki dibuka untuk tahun 2009 dan sedikit sebanyak menampakkan sinarnya…aku sebagai hamba dan insan biasa ni hanya mampu berdoa dan berusaha. Semua orang nak senang, semua org nak keselesaan dalam hidup. Tapi apa tindakan anda? Itu hanya angan-angan dan terus menjadi mainan tidur jika disusuli dengan sebarang tindakan.

Hidup ini Ujian

Memang! Hidup ini adalah ujian buat diri kita, cuba kita renungkan sejauh mana kita mengingati Pencipta kita, sejauh mana kita menyanyangi keluarga kita dan yang pasti sehebat mana tindakan baik untuk diri kita? Tiada orang yang sempurna melainkan Muhammad SAW, ya betoi tu..tapi sekurang kurangnya kita masih boleh mencuba untuk berubah menjadi baik dan lebih baik. Umur kita semakin hari semakin meningkat, semua perkara dan benda di sekililing kita mengalami perubahan, Saban hari juga kita diuji dengan berbagai macam masalah samada kecil atau besar dan semuanya terpulang bagaimana untuk kita mengatasi. Saya sendiri ada masalah yang berlum selesai, saya sendiri buntu dan hampir tak tercapai akalmu bila memikirkan masalah. Tapi itu semua ujian ! Sehebat mana dan sejauh mana kita boleh lalui semua ni ? Apa pun …kita kena kembali kepadaNya..Senang dan Susah semuanya dari Tuhan yang Esa..Dialah Segalanya..

“Ya Allah Ya Tuhanku, Mudahkanlah segalanya bagiku jangan Kau sukarkan..” amin

Nest time saya nak kongsi sikit tips buat duit dengan internet, yang pasti ini bukan MLM, Skim Cepat Miskin atau Kaya. Ini adalah 100% tindakan dan kemahuan anda sendiri untuk buit dengan Internet. Takkan Online untuk games,chatting,facebook,friendster je kot..?

Seminar Joomla open source

Dalam tahun ini juga, saya dan rakan TRIO IM akan menganjurkan training asas laman web menggunakan JOOMLA. Training basic Open Source ini bakal diadakan di Lab Komputer Tertutup dan tempat akan diberitahu kelak. yuran kelas masih dalam perbincangan, survey kami menunjukkan market price adalah sekitar RM300-RM400 untuk sehari.

Tapi untuk anda? Jangan risau..pastinya lebih murah dan mampu..Ingat! Ini adalah perkongsian ilmu, bukannya Penjanaan Ringgit Malaysia semata-mata..Kelas akan diberikan oleh saya sendiri dan juga Rakan Lama yang merupakan seorang pakar Open Source dan berpengalama dalam mengendalikan kelas kelas open source untuk Jabatan Jabatan Kerajaan di Malaysia.

So nantikan ! Saya akan umum nanti..

Sekian..

Dari Bilik Internet,

HSBC UK Ltd, Malaysia ExChange Square, Bukit Kewangan Kuala Lumpur Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.